Wednesday, January 30, 2013

langkah bayi melepas penjara peranti Apple iOS 6++

(update: sekarang tak payang susah susah, guna je software ni http://evasi0n.com/)


Hari ini aku akan menulis bahasa ibunda, bahasa melayu.
Aku akan berkongsi cara untuk 'melepas penjara-kan' (jailbreak)[aku masih pelik mengapa laman web perlu dialih bahasa secara rasmi ke laman sesawang, merimaskan!] peranti Apple anda.


Baiklah, bagaimana cara untuk jailbreak peranti Apple seperti Ipad, Ipod, dan Iphone?
Tambahan pula untuk peranti yang bersistemkan iOS 6++, masih belum ada cara untuk Jailbreak secara kekal (tethered jailbreak), namun peranti anda masih boleh di jailbreak secara untethered.


Sebelum itu, pastikan komputer anda telah dipasang perisian iTunes yang terbaru.

1. Pertama sekali, kita perlukan perisian Redsnow. download disini.
2. Setelah selesai, ekstrak file tersebut.
3. run fail redsn0w.exe

4. tekan Jailbreak

5. Ikut arahan yang telah diberikan dengan teliti.
6.Setelah siap, peranti apple anda akan di reboot secara automatik. Sekiranya gambar nanas muncul di skin peranti anda, cubaan jailbreak anda berjaya.



PEHATIAN PENGGUNA iOS 6!

Pengguna peranti iOS 6 perlu memastikan peranti anda tidak mati kerana kehabisan bateri, atau anda perlu 'boot' semula peranti anda menggunakan Redsnow.


1. run fail redsn0w.exe > Extras > Just boot


2. Ikut arahan yang telah diberikan dengan teliti.
3. Setelah siap, peranti apple anda akan di reboot secara automatik. Sekiranya gambar nanas muncul di skin peranti anda, cubaan masuk semula ke mod jailbreak telah berjaya.


Sekiranya anda restart secara normal, anda tidak akan masuk  ke mod Jailbreak dan segala aplikasi yang anda pasang yang memerlukan Jailbreak tidak akan berfungsi.


Sekarang, anda boleh memasang apa sahaja aplikasi kegemaran anda! Laman sesawang kegemaran aku ialah disini. Aku boleh muat turun permainan definisi tinggi secara percuma dan terus pasang ke peranti menggunakan iTools.


Dengan iTools, anda hanya perlu 'drag and drop' untuk memasang apa apa sahaja aplikasi berformat .ipa ke peranti anda.


Selamat mencuba!
.

No comments:

My Favorite Blogs