Wednesday, November 20, 2013

childhood memories

Cuaca panas terik.
Seterik mana kampung Bukit Sapi, terubat hangat peluh dek kehijauan hijau pokok bunga jejarum liar melata dicelah semak samun.
Indah pemandangan dari jendela. Ayam bising berkokok ketok dibawah rumah.

Aku, mama, achik dan kakak sedang berbaring baring di ruang tamu rumah.
sambil sembang kosong, cuba tidur petang,
abah sahaja yang rajin ke kebun. Atuk sedang menelaah kitab-kitab agama, opah pula rehat di kamar belakang.

Angin hangat terus sepoi sepoi masuk dari jendela. Disulam angin kipas meja usang,
yang tiga beranginkan satu.

memori biasa, segar sentiasa.
Aku rindu, kampung halamanku.

No comments:

themes

My Favorite Blogs