Friday, June 19, 2015

dalam Ramadan kita sudah

"Syukur, dalam bulan Ramadan kita sudah."
-Master Yoda-

Ramadan yang lalu aku cukup excited bila tiba waktu berbuka puasa. Orang cakap, nikmat berbuka puasa bagi orang yang berkualiti puasanya sangat best. Aku pun berusaha dan cuba meyakinkan diri aku yang puasa aku sangat berkualiti. Nikmat sewaktu berbuka tu, subhanallah, gembira tak terkata.

Malam pertama Ramadan tahun ini, aku belajar sesuatu yang baru. Ada tazkirah pada malam pertama Ramadan. Speaker menekankan yang nikmat Allah semua orang dapat.

Sebagai contoh, nikmat makan,
baik yang berpuasa, baik yang tak berpuasa
baik yang Islam, baik yang kafir
baik UMNO,baik  PAS, baik PKR
baik Beyonce, baik Siti Nurhaliza
baik gay, baik lesbian, baik straight, baik drag;
semua orang Allah beri nikmat.

Jadi, nothing special dah nikmat berbuka/makan yang aku excited sangat Ramadan lepas.
Macam mana nak jadi special di sisi Allah kalau semua orang enjoy the same privilege?

Distinguish yourself.
Don't do what ordinary people do.

Solat awal waktu,
berjaga malam,
amalkan sunnah,
dan yang paling penting, kejar lailatulqada

Yang ni, aku pun fail.
Berapa kerat je yang dapat lailatulqada?
Kalau ko nak special, try dapatkan lailatulqada.

Renung renungkan dan selamat beramal!

No comments:

themes

My Favorite Blogs